Hello Kitty Bakal Debut Di Hollywood!

Berita gembira buat peminat Hello Kitty!

hello kitty bakal debut di hollywood!

Terbaru, syarikat produksi New Line Cinema mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan filem adaptasi salah satu watak ciptaan Sanrio yang disukai ramai, iaitu Hello Kitty.

Syarikat terbabit dikatakan telah mula proses mendapatkan hak untuk membikin tersebut sejak 2019 lagi.

Pengarah Jennifer Coyle yang pernah bekerja untuk siri animasi HBO Max Harley Quinn bakal bergabung dengan Leo Matsuda, yang pernah dikreditkan dalam pelbagai animasi box office seperti Disney’s Big Hero 6, Zootopia, Ralph Breaks the Internet dan Abominable terbitan DreamWorks Animation.

Setakat ini, plot mengenai filem pertama Hello Kitty ini masih belum didedahkan.

Namun, penulis skrip popular, Lindsey Beer dikatakan telah pun menulis skrip untuk terbabit sementara Beau Flynn dan FlynnPictureCo. pula dikhabarkan bakal menerbitkan filem tersebut.

Rata-rata, ramai juga peminat Hello Kitty yang telah meluahkan keterujaan mereka menerusi laman media sosial!

Anda teruja sama tak?

Sumber: HypeBae