Hebat Lah! Wanita Malaysia Ini Diiktiraf Forbes, Antara 20 Yang Terbaik Di Asia Pasifik

Seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan dari Malaysia, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob, mencipta sejarah apabila diangkat sebagai antara 20 pemimpin perniagaan wanita yang cemerlang di rantau Asia Pasifik.

hebat lah! wanita malaysia ini diiktiraf forbes, antara 20 yang terbaik di asia pasifik

Lebih membanggakan, Wan Nadiah yang berusia 37 tahun merupakan yang termuda dan satu-satunya wakil dari Malaysia yang menerima pengiktirafan dalam senarai tersebut.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson di Kota Damansara sejak 2019 selain menggalas tanggungjawab sebagai naib presiden Kelab Harvard Malaysia.

Beliau memiliki pendidikan Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (Pemakanan) London School of Hygiene and Tropical Medicine di UK dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biokimia dari Harvard College, Amerika Syarikat.

Dahulunya, beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Perubatan Sunway.

Pengiktirafan Power Business 2021 diberikan kepada Wan Nadiah atas usahanya memperkenalkan pasukan petugas khas COVID-19, melancarkan aplikasi mudah alih selain menyediakan penjagaan pesakit, penilaian, ujian saringan kepada perkhidmatan pemulihan dan penghantaran ubat.Beliau memiliki pendidikan Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (Pemakanan) London School of Hygiene and Tropical Medicine di UK dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biokimia dari Harvard College, Amerika Syarikat.

Menurut Forbes Asia, antara individu lain yang turut sama tersenarai dalam Power Business 2021 termasuklah pengasas bersama syarikat data DCI Indonesia, iaitu Marina Budiman dan pengasas bersama firma perubatan Hangzhou Tigermed Consulting, Cao Xiaochun.

 

Sumber: [1]