Hati-Hati Jangan Sampai Termakan Pokok Ini Kerana Mengandungi Racun

hati-hati jangan sampai termakan pokok ini kerana mengandungi racun

Semenjak tak boleh pergi mana-mana ni ramai yang mula berkebun dan menanam. Bagus! Satu usaha yang baik kerana tak rugi kita berbaktik kepada tanah ni.

Dekat media sosial banyak dengan gambar-gambar orang tanam pokok dan salah satu pokok yang menjadi viral adalah pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢.

Dalam keghairahan bercucuk tanam, perlu juga berhati-hati. Menurut Pusat Racun Negara, tumbuhan ini mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai SAPONIN. Jika seseorang itu termakan pokok ini, besar kemungkinan akan mendatangkan kemudarahan seperti muntah, cirit-birit dan ruam.

Bukan kepada manusia je. Gejala ini mungkin akan lebih teruk pada haiwan peliharaan seperti kucing. Antara yang boleh terjadi ialah air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Jadi, sebolehnya jangan letakkan pokok ini di dalam rumah sekiranya ada bayi atau haiwan peliharaan. Letak je dekat luar rumah, ok?

Sumber: Facebook Pusat Racun Negara