Hati-Hati Dengan Penapis Air, Kalau Tak Guna Make Sure Tutup Suis

hati-hati dengan penapis air, kalau tak guna make sure tutup suis

Sekarang ni penapis air antara alat elektronik yang penting di rumah. Tapi, ada pesanan penting untuk pengguna penapis air jenis elektronik atau yang menggunakan elektrik.

Sekiranya penapis air tersebut telah tidak digunakan atau tidak mempunyai air pastikan suisnya ditutup. Ini kerana kalau korang pasang dan pemanas elektrik berjalan seperti biasa perkara tersebut akan menyebabkan overheating.

Situasi ini akan menjurus kepada kebakaran dan sangat merbahaya. So, make sure korang tutup jika nak pergi mana-mana atau untuk bercuti dalam jangka masa panjang.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia