Harimau Antara Haiwan Pertama Yang Disuntik Vaksin COVID-19 Di Zoo Oakland

Dalam usaha melindungi daripada jangkitan COVID-19, haiwan di Zoo San Francisco Bay Area, Amerika Syarikat, disuntik vaksin.

harimau antara haiwan pertama yang disuntik vaksin covid-19 di zoo oakland

Suntikan tersebut diberi kepada beruang, kucing dan musang dengan menggunakan vaksin eksperimen yang disumbangkan oleh syarikat farmaseutikal vaterinar Zoetis dari New Jersey.

Tidak ketinggalan, dua harimau dari zoo tersebut yang dikenali sebagai Ginger dan Molly turut menjadi antara yang pertama menerima vaksin awal minggu lalu.

Terdahulu, syarikat yang sama pernah menyumbang lebih 11,000 dos untuk haiwan yang tinggal di lebih 70 zoo di pusat konservatori, tapak santuari, institusi akademik dan organisasi kerajaan di 27 negeri.

Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Vaterinar di zoo terbabit, Alex Herman, biarpun tiada satu pun haiwan di zoo itu yang pernah dijangkiti COVID-19, mereka bagaimanapun tekad untuk mengambil langkah proaktif bagi melindungi haiwan yang mendiami zoo itu.

Tambahnya beliau lagi menerusi satu kenyataan media, zoo itu juga menggunakan penghadang bertujuan untuk menjaga penjarakan fizikal selain kakitangan yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE). Ia tidak lain tidak bukan adalah untuk melindungi spesies berisiko.

 

Sumber: [1]