Hamilton Setaraf Dengan Schumacher!

hamilton setaraf dengan schumacher!

Mustahil rasanya korang tak tahu yang Lewis Hamilton dah menyamai rekod kemenangan yang dipegang Micheal Schumacher.

Kalau masih tak tahu, kedua-dua pelumba ini mempunyai 91 kemenangan GP dalam karier mereka.

Tapi, Hamilton ni boleh sangat nak pecahkan rekod Schumacher ni sebabnya musim ini masih berbaki 6 perlumbaan.

Pelumba Mercedes ini raih kemenangan ke-91 nya selepas menjuarai GP Eifel, mengatasi Max Verstappen daripada Red Bull di kedudukan ke-2 manakala pelumba Renault, Daniel Ricciardo ke-3.

Hamilton yang juga juara dunia 6 kali berkata kemenangannya itu amat istimewa kerana menganggap Schumacher sebagai legenda dan ikon sukan tersebut.

hamilton setaraf dengan schumacher!

Dia juga terharu apabila anak Schumacher, Mick menghadiahkan salah satu helmet lama legenda itu kepada dirinya selepas memenangi perlumbaan di Jerman itu.

Pencapaian Hamilton ini lebih jelas digambarkan oleh Verstappen.

Pemenang tempat ke-2 itu berkata, "Pada satu ketika, ramai menjangkakan rekod 91 kemenangan milik Schumacher tidak mampu dipecahkan. Tapi lihatlah sekarang"

Pelumba Red Bull itu juga yakin Hamilton mampu meraih lebih kemenangan pada masa akan datang, sekaligus memecahkan rekod tersebut.

hamilton setaraf dengan schumacher!

Hamilton berada dalam landasan terbaik untuk menyamai 1 lagi rekod Schumacher iaitu 7 kejuaraan dunia.

Rasanya tak ada masalah untuk dia capai kejuaraan ke-7 ni.

Jadi, berdasarkan perbezaan statistik di atas siapa lagi power? Hamilton atau Schumacher?

Oleh : Karami Kamel