Lewis Hamilton kini merupakan pelumba F1 yang miliki rekod kemenangan paling banyak.
92 kemenangan lebih tepat.
Ini selepas pelumba Mercedes itu menjuarai GP Portugal mengatasi rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di tempat kedua dan pelumba Red Bull, Max Verstappen di tempat ketiga.
Selama ni, rekod kemenangan terbanyak dipegang oleh legenda F1, Micheal Schumacher.
Pada satu ketika, ada yang beranggapan rekod ini mustahil untuk dipecahkan.
13 tahun lalu, Hamilton menjuarai perlumbaan pertamanya pada GP Kanada dan dalam tahun yang sama dia bergelar juara dunia buat kali pertama dengan pasukan McLaren.
Hamilton kemudian sertai pasukan Mercedes pada 2013. Keputusan yang mengubah kariernya.
Sepanjang 7 tahun bersama pasukan barunya, Hamilton meraih gelaran juara dunia sebanyak 5 kali lagi.
Mengatasi rekod kemenangan Schumacher merupakan pencapaian yang amat hebat namun jangan dilupa, Hamilton masih berpeluang untuk memecahkan lebih banyak rekod!
Juara dunia 6 kali itu berada dalam landasan terbaik untuk meraih gelaran dunia ke-7 nya musim ini. Jika berjaya, dia akan menyamai rekod Schumacher dengan 7 kejuaraan dunia.
Tak mustahil musim depan, Hamilton akan terus bekerja keras untuk meraih gelaran dunia ke-8.
Selepas memecahkan rekod kemenangan Schumacher pada GP Portugal, Hamilton mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada pasukan Mercedes yang membantunya untuk meraih pencapaian itu.
Rasanya, lama lagi kot Hamilton nak bersara. Jadi, tak mustahil la untuk dia pecahkan rekod 7 gelaran dunia yang dimiliki Schumacher tu kan?
Oleh : Karami Kamel