Haiwan Di Zoo Mati Disebabkan Bunga Api Tahun Baru

haiwan di zoo mati disebabkan bunga api tahun baru

Malang tidak berbau! Itu lah yang dapat digambarkan akan kejadian malang di sebuah zoo di barat Jerman pada sambutan tahun baru.

 

Dilaporkan lebih 30 haiwan di bawah pelihataan zoo tersebut telah mati apabila bunga api yang digunakan untuk memeriahkan sambutan tahun baru telah membakar zoo di kawasan tersebut.

 

Berdasarkan kenyataan daripada pihak berkuasa, haiwan yang mati ialah kera, monyet, kelawar dan burung.

 

Selain itu, jurucakap zoo tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan tempat tinggal spesis monyet telah musnah ekoran kebakaran yang terjadi.

 

Mereka turut menyenaraikan spesis monyet yang mati termasuklah lima orang utan, dua gorilla, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet.

 

Bagaimanapun, pihak bomba dapat menyelamatkan dua ekor cimpanzi namun masih mengalami melecur pada badan.

 

Pengarah zoo turut berkata kebanyakan haiwan yang mati adalah spesis yang hampir pupus di hutan.

 

Sumber: Astro Awani