HaHa Running Man Buat Isteri Menangis, Support Pasangan Kembali Bergelar Penyanyi

Bintang Running Man, HaHa berjaya membuatkan sang isterinya Byul, terbit air mata ketika dia sedang bersiap untuk penampilan sulungnya yang akan datang dalam program Mama the Idol.

haha running man buat isteri menangis, support pasangan kembali bergelar penyanyi

Menerusi satu entri yang dimuat naik pada 23 Januari lalu, Byul mengucapkan terima kasih kepada suaminya HaHa kerana menghantar trak makanan ke set penggambarannya.

Coret Byul, “Sejak dua bulan lalu, disebabkan saya telah hidup mengikut jadual seorang idola, saya tidak dapat menjaga awak dengan begitu baik, dan saya terus berasa kesal...tetapi walaupun begitu, suami saya terus mencari cari baru untuk mendorong saya...”

“Terima kasih, sayang. Saya ikhlas,” luah Byul.

“Sejujurnya, saya menangis. Saya akan bekerja keras,” tambahnya lagi.

Dalam entri berupa foto itu, Byul berdiri di sebelah sepanduk trak makanan yang dihantar oleh HaHa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @sweetstar0001

 

Tertulis pada sepanduk itu, “Bersorak untuk Go Eun saya, rakan sekumpulannya, dan kakitangan, serta semua ibu di luar sana!”

Mama the Idol merupakan sebuah program yang menampilkan geng idola veteran yang kini juga telah bergelar ibu kembali ke pentas.

Menerusi episod terbaru rancangan itu, Byul disahkan akan membuat debut bersama dalam kumpulan berenam bersama bekas ahli Wonder Girls Sunye, bekas ahli After School Kahi, bekas ahli Jewelry Park Jung Ah dan bekas ahli Baby V.O.X. Re.V Yang Eun Ji serta Hyun Jyu Ni.

 

Sumber: [1]