Gurun Sahara Alami Cuaca Pelik, Suhu Menjunam Di Bawah Paras Beku Sehingga Bersalji

gurun sahara alami cuaca pelik, suhu menjunam di bawah paras beku sehingga bersalji

Semakin hari dunia semakin pelik. Kalau dulu kita tahu Gurun Sahara antara tempat paling panas, tapi laporan terbaru daripada portal berita The Sun UK, kawasan tersebut telah menerima penurunan salji.

Bukan sahaja di kawasan sahara, beberapa tempat di kawasan Arab Saudi turut mengalami perubahan cuaca yang sangat asing. Malah, rekod cuaca menunjukkan suhu menurun sehingga -2 darjah Celsius.

Seorang jurufoto telah mengambil sekeping gambar akan beberapa ekor unta dalam kawasan bersalji di rantau Tabuk, barat laut Arab Saudi.

Sebelum ini, Arab Saudi merupakan sebuah negara padang pasir yang mengalami suhu tinggi yang mana mencecah sehingga 50 darjah Celsius pada musim panas. Bagaimanapun, pada bulan ini suhu menurun seingga sifar.

Ini bukanlah kali pertama salji turun di negara itu kerana 10 Januari lalu juga penduduk tempatan di kawasan berbukit itu telah menyaksikan turunnya salji. Selain itu, salji juga turut dilaporkan turun di bandar Ain Sefra di kawasan gurun di Algeria minggu ini.

Sumber: KOSMO