Seorang guru berusia 23 tahun dari Filipina sering disalah anggap sebagai pelajar kerana memiliki rupa seakan baby face serta suara yang kedengaran seperti keanak-anakkan.
Ian Francis Manga merupakan guru tadika dan sekolah rendah tahun 3 dengan ketinggian 162cm.
Masa sekolah dulu, ramai yang keliru antara dia dengan kawan adiknya. Tak kurang juga yang mengejeknya dengan memanggilnya gelaran "budak kecil".
Ian sering berkata pada dirinya sendiri, "abaikan mereka tetapi perlu buktikan bahawa anda akan berjaya”.
Ian memutuskan untuk mengambil peperiksaan LET untuk menjadi seorang guru.
Hanya 27% daripada mereka yang mengambil peperiksaan LET dan Ian merupakan salah seorang daripadanya. Kini Ian mengajar di Sekolah Mater-El-Roi.
Walaupun rupa dan suara beliau seakan-akan budak kecil, beliau memastikan pelajarnya fokus dan serius ketika berada di dalam kelas.
“Saya rasa seperti seorang abang yang sedang mengajar adik-adik di dalam kelas. Ini kerana saya dan pelajar-pelajar selalu bermain, tetapi ketika saya mengajar saya akan menjadi lebih serius," katanya.
"Sebagai seorang guru, anda perlu menjadi contoh yang baik kepada mereka”
Semoga Ian terus sukses! Kami harap semangat dan komitmen Ian tak pernah padam.
Sumber