Gunung Merapi Meletus Di Indonesia, Asap Setinggi 6000 Meter

gunung merapi meletus di indonesia, asap setinggi 6000 meter

Lepas satu, satu kejadian bencana alam yang melanda bumi ini. Belum habis dengan penularan wabak novel Coronavirus, satu bencana pula melanda di Indonesia.

Menurut portal berita Tribune News, Gunung Merapi kembali meletus dan melepaskan abu volakanik. Dilaporkan, gunung tersebut telah melepaskan asap setinggi 6000 meter pada hari Selasa jam 5.22 WIB.

Menurut data dari BPPKTG Yogjakarta, letusan yang berukuran 75 mm itu telah berlaku selama 450 saat. Letusan itu juga menyebabkan pergerakan awan panas sejauh dua kilometer ke arah hulu Kali Gendol.

Semoga baik-baik sahaja buat seluruh penduduk Indonesia. Kami di Malaysia mendoakan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sumber: Tribune News