Pada tahun 2018, Gunung berapi yang dinamakan Anak Krakatau ini pernah meletus dengan dahsyat dan telah mengakibatkan kejadian tsunami sehingga meragut berates nyawa.
Malam tadi, Pusat Vulakanologi, Mitigasi dan Bencana Gelogi (PVMBG) Indonesia, telah melaporkan terjadinya letusan daripada gunung berapi tersebut pada jam 9.58 malam. Dilaporkan gunung berapi tersebut mengeluarkan asap kelabu setinggi 500 meter dan juga abu.
"Ketika ini Gunung Anak Krakatau berada pada Status Level II (Waspada) dan penduduk sekitar tidak diperbolehkan mendekati kawah dalam radius 2 km dari kawah," kata kenyataan itu.
22 Disember 2018, lebih 400 mangsa terkorban akibat letusan akibat gunung tersebut. Diharapkan letusan ini tidak berterusan dan akan berhenti secepat yang mungkin.
Sumber: Astro Awani