Guna 100 Batang Lilin Untuk Lamar Kekasih, Tak Sempat Nak Lamar Rumah Dah Terbakar

guna 100 batang lilin untuk lamar kekasih, tak sempat nak lamar rumah dah terbakar

Seorang lelaki berhadapan dengan kerugian selepas rumahnya dijilat api. Menurut Bomba South Yorkshire, kejadian itu berpunca daripada lilin yang digunakan lelaki itu untuk melamar kekasihnya.

Kejadian tersebut berlaku di flat Sheffield, England. Lelaki yang dikenali sebagai Albert Ndrew,26, itu telah menghiaskan rumahnya dengan belon dan 100 batang lilin sebagai hiasan untuk melamar kekasihnya.

Ketika dia menjemput teman wanitanya di luar rumah, api mula menjilat kawasan dalam rumahnya. Apabila dia kembali ke flat-nya, hampir keseluruhan dalam rumah tersebut telah hangus terbakar.

Nasib baiklah lamarannya diterima. Pihak bomba juga mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.

Jadi, pengajarannya di sini make sure korang nak buat benda tu biarlah jangan berbahaya. Kalau nak melibatkan api, pastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal dan teratur.

Sumber: Mail Online