Gorilla Pandai Selfie Dah Pergi…

Ingat Ndakasi? Gorilla yang popular sebab pandai selfie dengan penjaganya. Popular sejak 2019 selepas viral gambarnya selfie dengan penjaganya boom. Kemain swag pose. Selamba cool je. Cam manusia pulak nengoknya 😊 

gorilla pandai selfie dah pergi…

Ndakasi ni yatim piatu. Dijumpai dan diselamatkan penjaganya, Andre Bauma di kawasan hutan kat Congo. Masa tu keluarganya dibunuh pemburu haram. Time dijumpai jugak Ndakasi tengah peluk ibunya yang dah tak bernyawa. Sampainya hati ☹. Selepas tu bermulalah kisah Ndakasi dijaga Bauma yang bertugas sebagai penyelamat haiwan. 

Tetapi baru-baru ni tersebar lagi gambar Ndakasi dan Bauma. Kali ni bukan lagi selfie cool swag lit tapi Ndakasi di saat-saat akhir sebelum pergi meninggalkan Bauma. Gorilla betina itu pergi pada usia 14 tahun selepas sekian lama sakit. Tak disebut pula apa penyakitnya. Lebih menyentap hati Ndakasi menghembuskan nafas terakhir di pangkuan penjaganya. 

gorilla pandai selfie dah pergi…

KJ turut sedih dan terbayang apa perasaan Bauma yang dah rawat dan jaga Ndakasi bertahun-tahun. Pencinta haiwan dah tentu tahu traumanya. Macam hilang ahli keluarga dan kawan baik sendiri. 

Semoga kuat Bauma. Selamat jalan Ndakasi. 

 

Oleh: KJ

Sumber & gambar: Virunga National Park, Associated Press, New York Times, CBS News & Internet