Semakin hari teknologi terus berkembang dan canggih. Sehinggakan kita dah boleh tahu tempat mana yang berbhaya atau tak.
Contohnyam Google Maps telah pun menambah fungsi amaran COVID-19 di mana untuk mengekalkan keselamatan kenderaan awam.
Ciri ini akan menunjukkan hubungan antara kenderaan awam apabila mereka melakukan carian sesuatu tempat. Jadi, pengguna boleh lah rancang nak naik kenderaan awam mana. Dengan cara ini mereka dapat mengelakkan penumpang yang terlalu ramai dalam keretapi atau bas.
Pengguna juga akan diberitahu sekiranya perjalanan mereka melalui kawasan yang dilarang akibat COVID-19 dan juga peringatan kepada orang awam untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga.
Ciri ini juga akan memberikan amaran kepada pengguna seandainya kenderaan awam diberhentikan akibat pandemik ini.
Buat msa ini, ciri ini hanya terdapat di UK, Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Colmbia, Perancis, India, Mexico, Belanda, Sepanyol, Thailand dan US. Harap-harap dekat Malaysia pun akan ada ciri ni nanti. So, senanglah kalau kita nak buat perjalanan kan?
Sumber: The Independent