Godzilla Vs Kong Pecah Rekod Panggung Malaysia Di Era Filem COVID-19

Filem blockbuster Godzill Vs Kong yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 Mac lalu telah melepasi jangkaan box office di Malaysia dengan kumpulan sebanyak RM8.71 juta pada hujung minggu pembukaannya.

godzilla vs kong pecah rekod panggung malaysia di era filem covid-19

Kutipan tersebut bahkan melebihi kutipan keseluruhan di negara Asia Tenggara lain, India dan Korea iaitu sebanyak US$25.2 juta (RM104.6 juta) pada hujung minggu pembukaannya.

Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan filem keluaran MonsterVerse itu sebagai filem yang memegang pembukaan industri tersebut dalam era filem COVID-19 di Malaysia.

Sekadar perkongsian, MonsterVerse merupakan francais multimedia Amerika Syarikat yang terdahulunya pernah menghasilkan filem-filem box office seperti King Kong dan Godzilla.

godzilla vs kong pecah rekod panggung malaysia di era filem covid-19

Setakat ini, Variety melaporkan bahawa Godzilla Vs Kong telah berjaya mengutip US$121 juta (RM502.4 juta) di panggung antarabangsa.

Di China sahaja, filem yang sama juga telah berjaya mengutip sebanyak US$70.3 juta (RM290.7 juta) pada hujung minggu pembukaan filem terbabit sekali gus menjadikannya sebagai debut filem Hollywood terbesar di China sejak 2019.

Godzilla Vs Kong berkisarkan mengenai Godzilla dan King Kong yang bertempur sesama sendiri untuk menentukan siapa antara mereka yang paling berkuasa.

Filem tersebut dibintangi Alexander Skarsgard, Millie Bobby Brown dan Rebecca Hall.

Ia sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada 19 November 2020 namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang melanda.

 

Sumber: [1]