Go Shop Meraikan Kejayaan Penjualan 10 Juta Produknya Dengan Pelbagai Tawaran Menarik Dan Program-Program Terhebat Bersama Barisan Selebriti

Go Shop meraikan kejayaan penjualan 10 juta produknya menerusi kempen ’10 Mil Syoking Fiesta’ yang mana bakal menawarkan pelbagai tawaran menarik dan program-program terhebat melibatkan 10 selebriti sensasi tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Chef Wan, Datin Fouziah Gouz, Harith Iskander, Dato' Jalaluddin Hassan, Dahlia Sulaiman, Jordon Voon, Chris Tong, Vivienne Onn dan Min Eng Yee Min, dari 26 Mac hingga 29 Mac 2021. Sepanjang berlangsungnya kempen ini kelak, pelanggan boleh menonton program-program siaran langsung sehingga 10 jam, dengan pelbagai tawaran istimewa yang cukup menarik pada setiap hari, hanya di saluran-saluran Go Shop.

go shop meraikan kejayaan penjualan 10 juta produknya dengan pelbagai tawaran menarik dan program-program terhebat bersama barisan selebriti

Menariknya lagi, pelanggan boleh menonton program khas yang juga akan bersiaran secara langsung, ‘Syoking Flash Sale’ pada 26 Mac, yang mana menawarkan pelbagai produk menarik dengan potongan diskaun sehingga 75% di Astro Saluran 111 pada jam 10.00 malam. Pelanggan juga boleh menikmati potongan diskaun sebanyak 10% ke atas produk-produk yang dipersembahkan di program-program TV kendalian Go Shop, tanpa sebarang syarat pembelian minimum apabila mereka menggunakan kod promosi: 10MIL.

Go Shop juga mengorak selangkah lagi apabila buat julung kalinya memperkenalkan jenama pakaiannya sendiri- Royal Field Black Label, yang memberi fokus utama kepada produk berkualiti tinggi, mampu milik dan memiliki stail yang menarik. Produk pertamanya merupakan, ‘Set Baju T Cotton Royal Field All Day’, rangkaian baju T, dengan harga RM109. Rangkaian baju T yang selesa untuk dijadikan pakaian harian ini hadir dengan lima warna-warna menarik yang diinspirasikan dari alam semulajadi: Biru Malam, Merah Matahari Terbit, Kuning Bunga Daisy, Putih Bulan dan Hijau Mint. Dapatkan kelima-lima baju T ini dalam satu set dengan satu harga hebat, hanya RM109. Pelanggan boleh tampil dengan stail-stail yang menarik pada setiap hari, dan mereka hanya perlu turut serta meraikan pelancaran Royal Field Black Label yang akan bersiaran secara langsung pada 28 Mac ini di Astro Saluran 118 dan Saluran 104 pada jam 11.00 pagi.  

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Go Shop di saluran-saluran Astro – Go Shop RUUMA Saluran 118, Go Shop GAAYA Saluran 120, Saluran 111 dalam Bahasa Melayu, Saluran 303 dalam Bahasa Mandarin, dan Saluran 120 di platform MYTV. Untuk pilihan alternatif, nikmati banyak lagi tawaran ‘Syoking Deals’ dan promosi lain di laman rasmi Go Shop, www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.