Satu fenomena jarang berlaku di Bali yang mana segerombolan burung pipit terjatuh dari langit dan mati akibat mengalami keracunan daripada racun perosak bukan semula jadi.
Menurut laporan tempatan, kejadian tersebut berlaku di Kabupaten Gianyar, Bali.
Dalam satu video viral yang telah beredar luas, kejadian tersebut difahamkan terjadi di sebuah tanah perkuburan dan berlaku tepat sebaik hujan reda.
Menurut jurucakap Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BKSDA) di Bali, iaitu Meruanto, ini merupakan kali pertama kejadian sebegitu terjadi di wilayah tersebut.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat menentukan punca sebenar kejadian tersebut.
“Tetapi jika kita berbicara tentang keadaan dan kejadian semula jadi, dapat dikatakan bahawa terdapat banyak asid semasa hujan. Mungkin itu menyebabkan burung-burung tersebut terjatuh dari langit,” kata Meruanto.
Selain itu, ketua jabatan kesihatan haiwan dari pentadbiran Gianyar, Made Santiarka, mengatakan bahawa burung-burung itu mungkin terjatuh akibat keadaan cuaca yang ekstrem.
Sumber: [1]