Sempena Hari Malaysia ini, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek arahan pengarah tersohor Mamat Khalid bertajuk Kampong Pisang Kita Setandan.
Bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang sangtat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang.
Penonton boleh menyaksikan filem pendek berdurasi setengah jam ini di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro Go.
Ditulis sendiri oleh Mamat Khalid, sudah menjadi kebiasaan buat hasil karya pengarah ini melihat kemunculan watak Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan penduduk Kampong Pisang pasti akan dikejutkan dengan berita gempar atau masalah yang perlu diselesaikan.
Senang cerita, ‘jika tiada masalah, maka bukan Kampong Pisanglah namanya’.
Kali ini, isu tercetus apabila Teck Zee, anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan.
Orang tua Teck Zee bagaimanapun tidak bersetuju terhadap perkahwinan tersebut.
Kenapa pula tu?
Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai Pak Din Pest Control mencari kepastian dan me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu.
Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem pendek ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.
Istimewa buat penonton, filem Kampong Pisang Kita Setandan juga turut ditayangkan di saluran lain Astro seperti berikut:
Tarikh & Waktu Saluran:
- 16 September, Khamis, 5.30 petang Astro Prima (saluran105)
- 16 September, Khamis, 9.30 malam Astro Ria (saluran 104)
- 18 September, Sabtu, 10.00 malam Astro Warna (saluran107)
- 20 September, Isnin, 8.00 malam Astro Citra (saluran 108)
- 22 September, Rabu, 12.30 tengahari NJOI TV (saluran 140)
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter
Astro Gempak dan Astro Shaw.