Model berpengaruh, Bella Hadid sekali lagi menyuarakan pendiriannya yang tidak akan berganjak mengenai keperitan yang dialami penduduk Gaza, Palestin.
Menerusi entri terbaru di Instagram peribadi miliknya, Bella memuat naik satu foto yang tertulis ‘Ia ‘Free Palestine’ sehingga Palestin benar-benar dibebaskan’.
Coretnya pada ruangan kapsyen foto itu, “Seorang gadis Palestin yang menghiasi muka depan Vogue. Kegembiraan ini membuat saya mengatakan bahawa... Saya tidak akan berhenti bercakap mengenai penindasan sistematik, keperitan dan kemaluan yang sering kali dihadapi rakyat Palestin.
“Berbekalkan hanya perasaan cinta di hati saya dan minda yang terbuka untuk mendidik diri saya dan belajar lebih banyak setiap hari... Apa pun yang terjadi. Saya Sayang Anda ❤️🇵🇸🙏🏽.”
Awal Sabtu lalu, genting Gaza sekali lagi dihujani peluru akibat serangan pasukan tentera Israel.
Serangan yang disasarkan di dua kawasan itu difahamkan merupakan serangan balas bagi pelepasan belon berapi dari Gaza yang mengakibatkan kebakaran di wilayah Eshkol pada Jumaat lalu.
Dua kawasan yang terlibat itu dipercayai kompleks ketenteraan dan lokasi pelancaran roket.
Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan yang dilaporkan.
Difahamkan juga, ketika ini Israel dan Mesir meneruskan sekatan di Gaza yang melibatkan kawalan Israel ke atas wilayah di pesisir pantai, ruang udara dan pergerakan keluar masuk ke wilayah berkenaan.
Sumber: Instagram & Astro Awani