Gara-Gara Terlalu Cantik, Wanita Dibatalkan Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Kawan Sendiri

Gara-gara dirinya kelihatan begitu cantik ketika berpakaian gaun pengiring pengantin, seorang model Jerman dibatalkan undangan daripada menghadiri majlis perkahwinan kawan baiknya sendiri.

gara-gara terlalu cantik, wanita dibatalkan jemputan ke majlis perkahwinan kawan sendiri

Alena Yildiz, 21, berkongsi mengenai cerita itu menerusi video di TikTok yang kini telah tular dan ditonton lebih 10 juta kali.

“Rakan rapat saya tidak menjemput saya ke majlis perkahwinannya kerana dia fikir saya kelihatan terlalu cantik dalam pakaian yang dia pilih untuk saya,” kata wanita tersebut.

Dia kemudian berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan dirinya bergambar dengan gaun pengiring pengantin tersebut.

Katanya, dia sempat menghantar video dirinya memakai pakaian itu kepada bakal pengantin perempuan yang mana dia enggan namakan secara terbuka sebelum menerima panggilan yang tidak terjangka.

“Dia menelefon saya dan memberitahu saya tentang rasa tidak selesanya dengan pakaian saya; bahawa ia terlalu menarik perhatian,” jelas Yildiz.

“Dia sangat marah tentang keseluruhan keadaan dan akhirnya tidak menjemput saya selepas panggilan itu. Kami bergaduh kerana ia tidak masuk akal bagi saya kerana dia sendiri yang memilih pakaian itu.”

Yildiz berkata, lima pengiring pengantin yang lain juga diarahkan memakai pakaian yang sama, namun tidak jelas mengapa dia menjadi mangsa pergaduhan tersebut.

Tambahnya, kedua-dua mereka tidak lagi bercakap sejak insiden tersebut dan dia juga tidak menghadiri majlis itu.

“Kami bercakap tentang perkahwinannya selama bertahun-tahun, dan saya sangat gembira kerana rakan saya akhirnya bersama kekasihnya dan meraikannya,” kata Yildiz.

Dia juga mendakwa bahawa pengantin perempuan tersebut menghubunginya selepas terlihat video tersebut yang tular yang mana mereka bertengkar lebih lanjut.

Yildiz akui dia tak tahu sama ada mereka akan berbaik semula, tetapi sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk golongan wanita di luar sana.

“Kecantikan wanita lain tidak menjadikan kecantikan anda pudar, dan saya harap lebih ramai orang akan memahaminya dan yakin,” katanya.

 

Sumber: [1]