Gara-Gara Ribut Salji, 31 Orang Terkandas Di Dalam IKEA Sehinggakan Bermalam Di Situ

Gara-gara ribut salji yang melanda di Denmark, kira-kira 25 pekerja IKEA berserta enam pelanggan terkandas semalaman di dalam salah sebuah cawangan kedai perabot itu yang terletak di Aalborg.

gara-gara ribut salji, 31 orang terkandas di dalam ikea sehinggakan bermalam di situ

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 1 Disember lalu iaitu apabila salji berukuran 12 inci turun di bandar tersebut sejurus sebelum kedai kelengkapan rumah itu hendak ditutup.

Cuaca kemudian bertukar menjadi buruk sehingga menyebabkan pihak pengurusan memutuskan untuk menutup pintu walaupun dengan 25 kakitangan dan enam pelanggan masih berada di dalam.

Menurut laporan, kesemua mereka tidak panik ketika kejadian ribut salji itu.

Malah, mereka tetap tenang dengan menonton televisyen, menjamu selera di kedai dan berehat di atas kerusi malas serta set sofa sebelum tidur sebentar.

“Ia adalah pengalaman sekali seumur hidup. Saya telah bekerja di IKEA, dan saya tidak pernah mengalami perkara ini sebelum ini,” kata Peter Elmorose yang merupakan pengurus kedai cawangan tersebut.

Beliau menambah bahawa mereka turut sempat bersosial dengan bermain permainan kad, makan makanan kafeteria dan merenggangkan diri di kerusi malas sebelum masing-masing meninggalkan tempat tersebut pada keesokan harinya.

“Semua orang sebenarnya tenang, dan kami dapat menjadikan keadaan bagus dan selesa. Nilai kami adalah untuk menjaga satu sama lain dan jadi kami berseronok dan menikmati malam itu,” kata Elmrose.

Selain itu, mereka juga turut mengalu-alukan kakitangan dari kedai mainan di sebelah.

Mereka kemudian bangun keesokan paginya untuk menikmati kopi dan roti kayu manis yang enak selain diberi hadiah percuma bantal sebagai cenderahati pada malam mereka bermalam di dalam kedai tersebut.

 

Sumber: [1]