Gara-Gara Pinjaman RM80k Ditolak, Pemuda Ini Pergi Bakar Bank

Gara-gara permohonan pinjamannya sebanyak 1.6 juta rupee (kira-kira RM89,435) ditolak pihak bank, seorang lelaki di India bertindak membakar bank terbabit.

gara-gara pinjaman rm80k ditolak, pemuda ini pergi bakar bank

Kejadian mengejutkan itu bermula apabila seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Wasim Hazaratsab Mulla, 33, melawat Canara Bank pada Disember lalu.

Lelaki yang berasal dari Haveri di negeri Karnataka, India itu berhasrat meminjam RM89,435.

Permohonannya bagaimanapun, ditolak kerana dia dianggap tidak layak untuk memohon kredit di bank.

Selain itu, difahamkan juga terdapat perbezaan data dalam dokumen yang dikemukakan lelaki tersebut kepada bank yang diuruskan kerajaan itu.

Dia akhirnya terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Namun, Mulla dilaporkan kembali semula ke bank tersebut pada malam Ahad dan masuk ke dalam bangunan itu melalui tingkap yang dibukanya secara paksa sebelum menuang petrol dan membakar bangunan tersebut.

Tidak lama selepas itu, penduduk  setempat sekeliling panik selepas mereka meligat kepulan asap naik dari bangunan terbabit.

Mulla yang cuba melarikan diri telah dihalang oleh penduduk setempat di tempat kejadian sebelum polis dipanggil.

Ketika diperiksa dan disoal siasat polis, Mulla mengaku yang dia kecewa dan marah selepas permohonan pinjamannya ditolak pihak bank, menyebabkan dia berasa tidak puas hati dan kecewa sehingga membuat keputusan untuk bertindak membakar bangunan itu.

“Dia marah selepas permohonan pinjamannya ditolak. Dia menyembur beberapa bahan kimia mudah terbakar, mungkin petrol, tetapi kami sedang menyiasat perkara itu,” kata Hanumantharaya, ketua polis daerah.

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu.

Nasib sahaja tiada wang tunai atau emas mahupun barang berharga lain yang terbakar dalam kejadian itu.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa peralatan operasi bank yang telah musnah dalam kejadian tersebut termasuk lima komputer, kipas, lampu dan mesin pengira wang serta pencetak buku simpanan rosak.

Akibat perbuatannya itu, Mulla telah ditahan dan menjalani pemeriksaan lanjut di balai polis serta didakwa melakukan pembakaran.

 

Sumber: [1]