Gara-Gara Bergaduh, Lelaki Sanggup Panjat Bumbung Teksi Demi Halang Isteri Pergi

Gara-gara ingin menghalang isterinya daripada meninggalkan lokasi bersama teksi, seorang lelaki melompat ke bahagian belakang kenderaan awam itu sebelum terjun ke atas bumbungnya.

gara-gara bergaduh, lelaki sanggup panjat bumbung teksi demi halang isteri pergi

Lelaki yang berusia 34 tahun itu enggan turun walaupun orang ramai memintanya berbuat demikian.

Dia malahan cuba membuka pintu teksi untuk menghalang isterinya itu.

Akibat perbuatan tersebut, lelaki itu dipenjara selama lima hari bermula 30 November lalu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di perhentian teksi Dataran Paya Lebar, Singapura pada 10 November lalu yang mana lelaki itu mengekori perempuan tersebut dari belakang.

Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong yang mana orang ramai termasuk pengurus bangunan pusat beli-belah itu cuba memisahkan lelaki tersebut daripadanya.

Namun, dia tetap sahaja menolak dan cuba membuka pintu teksi tersebut.

Pemandu teksi itu, seorang lelaki berusia 66 tahun, terdengar bunyi dentuman kuat sehingga menyebabkan dia terpaksa menekan brek kecemasan.

Kerana takut lelaki itu akan menyerangnya, dia mengunci pintu teksi terbabit.

Sementara itu, lima laporan polis telah dibuat terhadap lelaki oleh orang awam.

Kemek pada bumbung teksi terbabit dilaporkan menelan kos pembaikan sebanyak RM988.

 

Sumber: [1]