Korang positif Covid-19? Tahu kan kena kemaskini di MySejahtera?
Sekarang ni aplikasi MySejahtera bukan je guna untuk scan kod QR nak masuk kedai, tapi sangat penting untuk proses kuarantin di rumah.
Dapat je keputusan ujian Covid-19, korang buka Mysejahtera dan pilih ‘COVID-19 Self-Report’ untuk kemas kini.
Sebelum ni kena isi borang je untuk kemas kini sama ada korang positif atau negatif.
Tapi, sekarang ni ada ciri baru yang mana korang kena upload gambar keputusan ujian Covid-19.
Lepastu kena letak tempat dan tarikh ujian tu diambil.
Maksudnya sekarang ni lebih spesifik la gituuu.
Lepasni kalau korang atau ahli keluarga dijangkiti Covid-19, jangan lupa kemas kini semua maklumat ni, okay.
Risauuu sangat kes harian masih tak turun-turun sekarang ni.
Semuanya terletak atas tanggungjawab kita untuk jaga diri sendiri dan orang sekeliling.
Jangan lupa, segera dapatkan dos penggalak dan patuh SOP!
Oleh Izzati Amir