Gagal Patuhi SOP, Empat Individu Dikompaun RM10, 000

11 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan mengenai nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dinaikkan daripada RM1, 000 kepada RM10, 000.

gagal patuhi sop, empat individu dikompaun rm10, 000

Perintah terbabit dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Berikutan itu, empat individu di Sibu menjadi antara yang pertama dikenakan kompaun sebanyak RM10, 000 masing-masing sejak perintah tersebut dikuatkuasakan pada Khamis lalu.

Kejadian tersebut berlaku di sekitar Bandar Baru Sibu Jaya dua hari selepas perintah tersebut diumumkan, iaitu pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mereka yang didenda termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.

Tiga yang lain merupakan terdiri daripada golongan peniaga, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.

Difahamkan bahawa pemilik kedai makan terbabit ialah seorang lelaki yang berusia 53 tahun.

Pesalah dikompaun akibat kegagalan menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan.

Dalam pada itu, dua pemilik kedai gunting yang dikompaun tersebut merupakan seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun.

Mereka didapati bersalah kerana tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang.

 

Sumber: Bernama