Gadis China Tarik Perhatian Warganet, Selit Lampu Kalimantang Di Celah Rambut Demi Gigih Belajar

Seorang pelajar perempuan di China secara tidak sengaja diangkat menjadi simbol viral baru negara untuk kerja keras.

gadis china tarik perhatian warganet, selit lampu kalimantang di celah rambut demi gigih belajar

Semuanya gara-gara klip yang tersebar secara meluas di Weibo baru-baru ini yang mana gadis tersebut yang tidak dikenal pasti identitinya itu dilihat memegang nota universiti dengan lampu kalimantang yang diselitkan di celah rambutnya.

Sejak dimuat naik di Weibo, video tersebut telah ditonton lebih 290 juta kali. Menurut saluran media dalam talian China, iaitu Sina News, klip tersebut dirakamkan dari sebuah universiti di wilayah utara Hebei.

Pelajar perempuan itu dirakam oleh rakan satu universiti yang belajar bersamanya pada suatu lewat malam ketika lampu terpadam.

Pelajar perempuan itu kemudian meminjam lampu kalimantang daripada rakannya dan menyelitkan ia di celahan ikatan rambutnya untuk digubah sebagai lampu membaca.

Menurut sumber, pelajar perempuan yang tidak diketahui namanya itu kini sedang mengikuti Peperiksaan Kemasukan Siswazah Kebangsaan Bersepadu tahunan negara, iaitu peperiksaan kelayakan untuk program Sarjana negara.

Dianggarkan sebanyak 3.77 juta orang di China memohon untuk mengambil peperiksaan kemasukan program siswazah 2021 yang mana mereka akan diuji dalam bahasa asing, politik, matematik dan pengetahuan am.

Peperiksaan dijadualkan berlangsung pada pertengahan Disember.

 

Sumber: [1]