Gabungan Mantap Kumpulan Zero, Ropie, Saiful Apek, Yoe Parey dan Asif Suhaimi Dalam Syif Malam Raya

gabungan mantap kumpulan zero, ropie, saiful apek, yoe parey dan asif suhaimi dalam syif malam raya

Semua orang tahu akan kehebatan kumpulan Zero sehinggakan mereka diangkat sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014. Tapi, boleh tak korang bayang macam mana kalau kumpulan Zero ni bergabung dengan Ropie, Saiful Apek, Yoe Parey dan Asif Suhaimi dalam satu filem?

Perghhh! Memang pecah habis lah kan?

Mereka semua ni digabungkan dalam satu filem bersempena hari raya aidilfitri iaitu Syif Malam Raya. Filem ini berkonsepkan komedi seram di mana akan membuatkan penonton terhibur sehingga pecah perut.

gabungan mantap kumpulan zero, ropie, saiful apek, yoe parey dan asif suhaimi dalam syif malam raya

Sedikit sinopsis Syif Malam Raya, kisah ini bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskandan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka denganmenaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Mana nak tengok?

Korang boleh sewa filem ni dan tonton filem ni bersama ahli keluarga melalui pawagam rumah korang je. Dengan harga RM15 korang boleh tonton filem ini selama 48 jam secara berulang-ulang. Jadi, pergi ke Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei ini dan gelak sakan lah bersama keluarga atau kengkawan dengan filem Syif Malam Raya!