Forbes Nafi Kanye West Figura Kulit Hitam Terkaya Amerika

Forbes menyangkal dakwaan bahawa Kanye West merupakan figura kulit hitam terkaya di Amerika Syarikat seperti mana yang dilaporkan dalam Bloomberg.

forbes nafi kanye west figura kulit hitam terkaya amerika

Menerusi laporan Bloomberg awal minggu ini, outlet tersebut mengatakan bahawa pengusaha dan pengeluar jenama fesyen popular, Yeezy, Kanye West ialah figura kulit hitam terkaya di Amerika dengan nilai mencecah $ 6.6 bilion.

Namun, Forbes kemudiannya melakukan kiraan semula dan mendapati bahawa nilai sebenar Yeezy ialah $1.8 bilion berbanding jumlah yang diperkatakan Bloomberg.

Menurut Complex, nilai yang diperkatakan Bloomberg itu berkemungkinan merupakan nilai gabungan daripada perjanjian West Yeezy dan Yeezy Gap yang disenaraikan pada harga $4.7 bilion dan ditambah pula dengan aset tambahan milik Kanye, hingga menjadikan nilai keseluruhan penyanyi rap popular itu sebanyak $6.6 bilion.

Namun, Forbes tampil mempertikaikan mengenai nilai $6.6 bilion itu dengan mengatakan nilai sebenar Kanye, iaitu $1.8 bilion yang ditentukan mereka adalah berdasarkan pendapatan semasa bintang yang berusia 44 tahun itu.

Dalam pada itu, laman XXL turut melaporkan bahawa figura kulit hitam terkaya sebenar di Amerika Syarikat adalah Robert F. Smith dari Vista Equity dengan kekayaan bersih yang dilaporkan pada anggaran $6 bilion.

Sementara itu, Aliko Dangote dari Nigeria pula diangkat sebagai figura kulit hitam terkaya di dunia dengan nilai bersih yang dilaporkan berjumlah$11.8 bilion.

 

Sumber: [1]