Flight Jepun Ni Tawarkan Penerbangan Untuk Melihat Sunrise Awal Tahun 2021

flight jepun ni tawarkan penerbangan untuk melihat sunrise awal tahun 2021

Memandangkan syarikat penerbangan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, mereka perlu menjadi kreatif untuk terus bertahan.

Syarikat penerbangan di Jepun telah mengambil keputusan untuk menyediakan satu perkhidmatan luar biasa. Memandangkan mereka tak boleh nak terbang ke banyak destinasi, lalu mereka telah mewujudkan satu perkhidmatan khas sempena tahun baru.

Dua buah kapal terbang akan berlepas dari Tokyo dan membawa penumpang berlegar-legar di udara untuk menyaksikan matahari terbit pada awal tahun ini. Kiranya, korang boleh tengok matahri terbit pada 1.1.2021 di udara. Whoaaa!

Berdasarkan portal Simple Flying, sebuah kapal terbang model Airbus A380 akan berlepas dari Narita Airport dan para penumpang perlu check-in di antara pukul 3:15 pagi dan 4;15 pagi pada 1 Januari kelak. Kapal terbang tersebut akan berlepas dari airport pada jam 05:30 pagi untuk melihat matahari naik pada jam 6;51 pagi.

Sumber: Simple Flying