Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini Mengajar Betapa Pentingnya Komunikasi Dalam Kekeluargaan

filem nanti kita cerita tentang hari ini mengajar betapa pentingnya komunikasi dalam kekeluargaan

Filem kekeluargaan nombor satu Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini telah berjaya mengumpul 2.2 juta penonton di sana. Bermula hari ini, orang Malaysia pun dapat menonton melalui Astro First.

Filem yang diadaptasi daripada novel dengan bertajuk yang sama dan tulisan Marchella F.P ini benar-benar membawa mesej yang sangat besar kepada para penonton. Bergenre drama kekeluargaan, filem ini bejaya membawa penonton menyelurusi sebuah keluarga yang nampak bahagia, namun, jauh di sudut hati masing-masing memendamkan perasaan.

Filem arahan Angga Dwimas Sasongko ini turut menyentuh isu-isu yang sangat jarang diangkat oleh filem lain. Antara isu yang dibawa ialah sindrom anak kedua, kasih sayang terhadap anak bongsu dan tanggungjawab yang jatuh pada bahu anak sulung.

Paling utama, filem ini mengajar tentang betapa pentingnya komunikasi dalam institusi kekeluargaan. Filem ini menyentuh hati penonton agar tidak memendam rasa dalam kalangan ahli keluarga. Jika ada yang bersedih, gembira, kecewa, atau apa sahaja maka perlulah dikongsikan kepada semua ahli keluarga.

Selain itu, filem ini menunjukkan komunikasi dalam kekeluargaan boleh membawa kepada kefahaman. Apabila semua orang tahu apa yang dirasa, maka setiap ahli keluarga akan menghormati antara satu sama lain.

Selain daripada jalan cerita, ayat-ayat yang digunakan di dalam filem ini juga sangat menarik. Falsafah yang dijulang dan digunakan berjaya menyentuh penonton dengan lakonan hebat para pelakon.

Secara keseluruhannya, filem ini berjaya membawa satu isu yang besar dan serius dengan cara yang santai dan sangat mudah. Jadi, kalau korang tak tahu nak buat apa bulan Ramadan ni atau musim-musim PKP ni, boleh lah melanggan filem ini di Astro First. Dengan RM15, filem ini akan dimainkan selama 48 jam.