Filem Indonesia Popular “Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini” Akan Terus Ke Astro First

filem indonesia popular “nanti kita cerita tentang hari ini” akan terus ke astro first

Peminat filem mesti tahu kan filem Indonesia bertajuk Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini, kan? Filem ni sewajarnya ditayangkan di pawagam terlebih dahulu. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak penerbit bersetuju untuk membawa filem ini terus ke rumah korang. Perghhh!

Untuk pengetahuan korang, filem ini telah diiktiraf sebagai filem bergenre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia. Lebih 2.2 juta penonton di sana telah menyaksikan filem ini. Malah, filem ini mendapat pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.

Filem ini mengisahkan tentang ahli keluarga yang mempunyai karakter dan perangai masing-masing. Filem yang diadaptasi daripada buku yang berjudul sama menceritakan bagaimana kehidupan keluarga Narendra bersama tiga orang anaknya iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.

Jadi, kalau korang tak tahu nak buat apa, elok sangatlah tonton filem ini di Astro First. Dengan bayaran RM 15, korang boleh tengok filem ini bersama ahli keluarga selama 48 jam (2 hari). Terus ke saluran 480 bermula 23 April ini dan tonton film Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini.