Filem Black Widow Pecah Rekod Disney+, Raih RM251 Juta Sejak Tayangan!

Biarpun di kala kebanyakan pawagam sepi daripada penonton, filem terbaru Marvel Cinematic Universe iaitu Black Widow berjaya memecah rekod box office di era pandemik.

filem black widow pecah rekod disney+, raih rm251 juta sejak tayangan!

Memetik laporan Variety, filem Black Widow berjaya mengutip lebih USD$ 80 juta, bersamaan RM 336,024,000, pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus mengalahkan pemegang rekod sebelumnya yang merupakan filem Fast 9 dengan kutipan sekitar USD$ 70 juta (RM 294,021,000).

Dalam pada itu, kutipan box office antarabangsa Black Widow daripada pasaran luar Amerika Syarikat turut mencatat kutipan yang mengagumkan iaitu kira-kira USD$ 78 juta bersamaan RM327,623,400.

Namun, fenomena Black Widow tidak terhenti setakat itu sahaja, kerana baru-baru ini, perkhidmatan strim Disney+ mengumumkan bahawa ia berjaya mengutip lebih USD$ 60 juta (RM252,018,000) daripada mereka yang membayar Akses Perdana dari serata dunia.

Secara keseluruhannya, Black Widow telah merekodkan kutipan box office sekurang-kurangnya USD$ 218 juta (RM915,665,400).

 

Sumber: [1]