Festival Muzik Terbesar Di Dunia – Tomorrowland

festival muzik terbesar di dunia – tomorrowland

Peminat muzik mesti tahu kan Tomorrowland?

Walaupun dunia di landa COVID-19, festival muzik ini tetap diteruskan. Cumanya, festival ini diadakan secara atas talian melaui Facebook Live.

Tomorrowland ni merupakan festival untuk muzik jenis EDM dan ia mengumpulkan pemuzik-pemuzik bergenre sedemikian dari seluruh dunia dan digelar Around The World. Normally, festival ni diadakan di Belgium tapi tahun ni korang boleh layan dekat mana-mana je.

Festival ini dijalankan dua hari berturut-turut dan antara  DJ yang telah membuat persembahan ialah Afrojack, David Guetta, Martin Garrix, Yellow Claw, Steve Aoki, Robin Schulz, Tiesto, Lost Frequencies, Dimitri Vegas, Vini Vici, Don Diablo, Nervo, Alan Walker, Armin Van Buuren dan ramai lagi. DJ yang popular di seluruh dunia akan tampil dengan set luar kotak. 7 pentas diadakan iaitu Core, Mainstage, Cave, Freedom, Afterlife, Elixir dan Q-Dance.

Festival Tomorrowland dijalankan serentak mengikut zon masa setiap negara bermula pada 25 Julai 2020 sehingga 26 Julai 2020 yang lepas.  Tahun ini, Tomorrowland tampil secara 3D dan letupan bunga api yang cantik sekali. Memang berbaloi. Ia juga menyediakan pelbagai jenis pass masuk (tiket).

Sumber: Mingguan Wanita

Oleh: Khalie Azmi