Malam semalam telah menyaksikan malam kemuncak separuh akhir pentas Big Stage 2020. Dengan enam peserta yang tinggal, mereka telah diberikan dua tugasan iaitu nyanyian solo dan juga duet.
Keputusan telah menyaksikan bahawa Farisha Iris gagal melangkah ke pentas final. Lima jejaka iaitu Azzam Sham, Usop, Fadh Majid, Dinie Rashid dan Qody Rani akan berentap di pentas final yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Pentas separuh akhir telah diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri jemputan dan Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pompom menjadi presiden netizen bersama juri tetap iaitu Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.
Minggu hadapan, setiap peserta menerima dua tugasan. Dengan tema ultimate mereka perlu mempersembahkan dua buah lagu.
Siapakah yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM100,000? Sama-sama kita saksikan. Tapi, kalau korang nak tengok bintang kesayangan korang tu menang, jangan lupa undi di SYOK!