Selama ini kita mendengar banyak cerita atau mitos tentang orang kidal seperti orang kidal ini lebih kreatif. Pandai berkarya ataupun melukis.
Wahhh uniknya! Tapi faktor-faktor yang membuatkan seseorang itu kidal masih lagi sebuah misteri saintifik.
Namun ada beberapa penemuan saintifik terkini tentang orang-orang kidal yang mungkin kita semua tidak ketahui lagi.
- Lelaki lebih bercenderung untuk menjadi kidal berbanding perempuan
Dalam sebuah analisis terhadap 144 buah kajian berkenaan dengan orang kidal, menunjukkan peningkatan 2% bagi orang kidal dalam kalangan lelaki berbanding perempuan. Telah diandaikan bahawa fakroe hormon atau masyarakat berkemungkinan memainkan peranan dalam hal ini.
- Kucing dan anjing boleh menjadi kidal juga
Okay jap. Kucing dan anjing pun ada yang kidal. Dalam sebuah himpunan statistik, terhadap penggunaan tapak kaki kucing dan anjing menunjukkan kira-kira 36% hingga 46% kucing adalah kidal. Manakala bagi anjing 31-53% adalah kidal.
- Orang kidal sering menang dalam sukan
Oleh kerana tindakan mereka yang bersifat lebih mengejutkan pihak lawan, orang kidal lebih berjaya dalam sukan berbanding orang yang cenderung tangan kanan. Terutama sekali sukan yang berinteraktif dan sukan tarung. Para m=pemain kidal melakukan lebih banyak pukulan secara keseluruhan, lebih banyak pukulan per minit dan menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain cenderung bertangan kanan.
- Genetik memainkan peranan bagi orang kidal
Sebuah institusi di Nijmegen, Belanda bernama Institut Psikolinguistik Max Planck menjalankan kajian terbesar mengenai genetik orang kidal. Mereka mendapati bahawa sebilanagan kecil gen memainkan peranan dalam perkembangan orang-orang kidal.
- Sifat kaki kidal juga ada
Terdapat juga kecenderungan penggunaan kaki kiri seperti menendang bola atau mencapai sesuatu dengan jari kaki. Keadaan ini kebanyakkannya boleh dilihat pada pemain bola. Kalau korang kecenderungan tersebut lebih kemana? Boleh la eksperimen kat rumah nanti.
Sumber: The Patriot