Faizal Saari Masih Berbisa!

faizal saari masih berbisa!

Berusia 29 tahun, Faizal Saari membuktikan dia masih merupakan pemain hoki berkualiti!

Mana taknya, semalam dia jaringkan 2 gol untuk bawa Terengganu ke separuh akhir kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak dengan mengalahkan Sabah 2-1.

Kelmarin, dia jaringkan 6 gol ketika bantu Terengganu berpesta gol apabila aibkan Kelantan 14-0 pada aksi terakhir kumpulan.

Bila dia pamer prestasi macam ni, mestilah peminat hoki tertanya-tanya kenapa dia digugurkan daripada skuad kebangsaan Februari lalu.

faizal saari masih berbisa!

Haa, bukan peminat je, Faizal sendiri pun terkejut masa dimaklumkan khidmatnya tidak diperlukan lagi untuk skuad negara.

Keputusan itu dibuat bekas pengendali hoki kebangsaan, Roelant Oltmans tanpa sebarang sebab.

Berkali-kali jugak, Faizal ni beritahu media yang dia masih ingin menyarung jersi kebangsaan tapi tak dilayan sangat.

faizal saari masih berbisa!

Sekarang ni Arul Selvaraj pula yang mengendalikan skuad negara, menggantikan Oltmans yang letak jawatan Ogos lalu.

Arul sebelum ini ada berjumpa dengan pemain yang digugurkan termasuk Faizal dan akan menilai prestasi mereka sebelum menyerap semula mereka ke dalam skuad kebangsaan.

Tapi, kalau macam prestasi Faizal ni, tak payah fikir lama la kan?

Oleh : Karami Kamel