Sesetengah artikel yang lama mungkin hanya akan relevan atau bersesuaian pada waktu tertentu sahaja. Jadi, kalau dikongsikan maka akan mengundang perkara-perkara buruk dan sebagainya.
Jadi bagi mengelakkan perkara itu, Facebook telah mengambil langkah dengan memperkenalkan satu ciri terbaru.
Menurut Facebook, mereka akan memperkenalkan ciri notifikasi bagi memberitahu kepada pengguna sekiranya mereka berkongsi artikel yang sudah pun melebihi 90 hari.
Menurur Facebook, kebanyakkan penerbit berita berkata cerita lama yang dikongsikan boleh disalah tafsir oleh orang lain.
Walaubagaimanapun, fungsi itu tidaklah menghalang artikel tersebut untuk terus dikongsi. Ini kerana ada je berita atau cerita lama-lama yang masih relevan untuk masa semasa.
Facebook juga mengesahkan bahawa ciri tersebut telah dilancarkan dan akan dilepaskan secara global.
Sumber: Mashable