Everton Bengang Perlawanan Ditunda!

Everton tidak berpuas hati dengan tindakan Premier League yang menunda aksi antara Everton dengan Manchester City.

Keputusan itu dibuat kira-kira 4 jam sebelum sepak mula ekoran beberapa pemain City disahkan positif COVID-19.

everton bengang perlawanan ditunda!

Sebelum ini, City dah umumkan yang Gabriel Jesus dan Kyle Walker sedang jalani tempoh kuarantin selepas didapati positif wabak tersebut.

Namun, Everton mahukan penjelasan daripada Liga Perdana Inggeris mengapa perlawanan tersebut ditunda.

Ini kerana mengikut peraturan Premier League, mana-mana perlawanan boleh diteruskan selagi pasukan terlibat mempunyai sekurang-kurangnya 14 pemain termasuk seorang penjaga gol.

Menurut laporan, hanya 3 pemain Manchester City didapati positif sebelum perlawanan dengan Everton.

everton bengang perlawanan ditunda!

Ketidakpuasan hati Everton ni boleh dikatakan berasas la. Sebab pemain dan pegawai Everton dah mulakan persiapan untuk perlawanan tersebut. Tambahan pula, keputusan menunda perlawanan tersebut dibuat terlalu lewat.

Sebelum ini, aksi antara Newcastle dengan Aston Villa ditunda beberapa hari sebelum tarikh perlawanan selepas 5 pemain Newcastle positif COVID-19.

Tapi, penundaan aksi Everton dengan City ni sebenarnya dibuat kerana enggan ambil risiko wabak tersebut menular.

Menurut beberapa laporan, pemain City mungkin dijangkiti wabak tersebut ketika menetap sebuah hotel ketika berdepan Arsenal pada aksi Piala EFL baru-baru ini.

Harap-harap semua yang dijangkiti COVID-19 ni cepat sembuh dan aksi EPL dapat diteruskan seperti biasa lepas ni. Dan Everton pun jangan lah marah-marah. Isu COVID ni bukan boleh dibuat main. Betul tak?

Oleh: Karami Kamel