Empat PPV Ini Benarkan Orang Ramai Untuk Walk-In Bagi Dos Penggalak

Golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin dos penggalak secara jumpa terus di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi bermula hari ini.

empat ppv ini benarkan orang ramai untuk walk-in bagi dos penggalak

Empat PPV Integrasi yang terlibat adalah PPV World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Soka Gakkai, Klang.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, langkah tersebut adalah untuk mempertingkatkan kadar pengambilan dos penggalak selain memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti optimum terhadap jangkitan COVID-19 termasuk ancaman varian Omicron.

“Vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca. Namun begitu, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.”

Individu yang ingin mendapatkan vaksin penggalak secara jumpa terus perlu memastikan sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera lengkap bagi meneruskan proses tersebut.

Sehingga 25 Januari, seramai 11,119,363 atau 47.5 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

 

Sumber: [1]