Kalau korang pernah ke Indonesia sewaktu hari Kemerdekaan di sana, pasti korang tahu kemeriahannya macam mana. Seluruh kampung akan menganjurkan macam-macam aktiviti di sana.
Tapi, baru-baru ini gambar empat pemuda sedang duduk di atas kerusi sambil memegang potret bekas kekasih menjadi viral dan menangkap perhatian ramai. Rupa-rupanya, mereka sedang menyertadi pertandingan menatap gambar bekas kekasih paling lama.
Menurut pihak penganjur, acara itu sekadar suka-suka bersempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia yang ke 75.
Tapi apa yang melucukan adalah reaksi mereka yang nampak tenang tatkala menatap gambar bekas kekasih masing-masing yang dicetak pada kertas A4. Tak kurang yang menutup muka kerana tidak sanggup meneruskan pertandingan itu.
Whoaa! Kalau korang, sanggup tak?
Sumber: Tribun News