Empat Beradik Jadi Yatim Piatu Akibat COVID-19

empat beradik jadi yatim piatu akibat covid-19

COVID-19 ni memang membahayakan. Sebab itulah kerajaan sentiasa berusaha untuk memutuskan rangkaian penularan wabak ni. Ada sebab kenapa kerajaan tak bagi balik ke kampung dan sebagainya.

Selepas kematian ibu lima tahun yang lalu akibat kanser, kini empat beradik itu kehilangan bapa mereka pula. Kali ini kehilangan tersebut akibat daripada wabak COVID-19.

Lelaki yang berusia 55 tahun itu telah mengambil keputusan untuk berpindah dari Filipina ke Ireland. Beliau telah bekerja di sebuah kilang di Naas, Col Kildare akan menghantar wang setiap bulan kepada isterinya, Gilcerita di Filipina.

Walaubagaimanapun, selepas isterinya meninggal dia mengambil keputusan untuk membawa anak-anaknya ke Ireland.

Namun, lelaki yang dikenali dengan nama Miguel itu menjadi salah seorang di antara 1,561 kakitangan yang terkena COVID-19. Selepas enam minggu terkena wabak itu, beliau telah meninggal dunia.

Anak sulungnya, Mikee menyataka bahawa buat asa ini dia dan tiga adiknya akan terus berada di Ireland biarpun tidak pasti dengan masa depan mereka.

Sumber: MIRROR