Emas Ziyad Dirampas!

emas ziyad dirampas!

Ziyad Zolkefli sah terlepas pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo. Atlet lontar peluru negara itu memecahkan rekod dunia apabila membuat lontaran sejauh 17.94 meter pada balingan ketiganya semalam. Catatan itu juga memecahkan rekod kebangsaan atlet normal iaitu 17.54 meter. Selepas 6 balingan, Ziyad berada di kedudukan teratas sekaligus meraih emas dengan menewaskan 2 wakil Ukraine.

emas ziyad dirampas!

Namun kegembiraan untuk Ziyad tidak kekal lama. Sebaik saingan lontar peluru itu tamat, kem Ukraine mengemukakan protes dan tidak lama selepas itu 3 atlet yang bertanding termasuk Ziyad Zolkefli dibatalkan penyertaan mereka. Enggan menerima keputusan tersebut, kem Malaysia pula melakukan protes balas. Malangnya, Persekutuan Olahraga Para Dunia, WPA mengekalkan keputusan untuk membatalkan penyertaan Ziyad bersama 2 lagi atlet masing-masing dari Australia dan Ecuador.

emas ziyad dirampas!

Menurut WPA, Ziyad bersama 2 lagi atlet lain hadir lambat di bilik menunggu sebelum bertanding. Berdasarkan peraturan 5.5, atlet yang gagal berada di bilik menunggu pada waktu yang ditetapkan akan diberi keputusan Did Not Start (DNS) pada keputusan mereka. Namun kesemua atlet ini tetap dibenarkan bertanding sementara pegawai perlawanan mengambil kira semua bukti yang diketengahkan. Dalam kes Ziyad, pegawai perlawanan berpendapat Ziyad tidak miliki alasan yang munasabah berhubung kelewatannya ke bilik menunggu.

emas ziyad dirampas!

Hikmah di sebalik kejadian ini ialah rata-rata rakyat Malaysia terus memberi sokongan moral kepada Ziyad termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau akui bangga dengan prestasi atlet para negara itu yang berjaya memecahkan rekod dunia biarpun tidak dikira. Tidak keterlaluan kalau dikatakan semua rakyat Malaysia turut berbangga dengan apa yang dipamerkan Ziyad pada temasya tersebut.

emas ziyad dirampas!

Kepada Ziyad, kami hanya mampu beri sokongan moral kepada anda. Memang kami tidak merasai kekecewaan yang sama dengan anda. Anda telah berkorban segalanya untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia. Berkorban masa dan tenaga berjauhan dengan keluarga semata-mata untuk jalani latihan bagi mempertingkatkan kemampuan. Namun anda perlu tahu Ziyad, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan anda. Pada kesempatan ini sebagai mewakili rakyat Malaysia, ingin saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ziyad dengan harapan kekecewaan ini akan membuatkan Ziyad lebih cekal dan dahagakan kejayaan pada masa depan. What doesn’t kill you will make you stronger. Paralimpik Paris pun tidak begitu jauh, cuma 3 tahun lagi. Tebus lah kekecewaan ini di Paris nanti! Ayuh Ziyad! Kami bersama anda! Malaysia bersama anda!

 

Oleh: Karami Kamel