Elon Musk ‘Offer’ Nak Beli Twitter Pada Harga RM182 Bilion

Manusia terkaya di dunia, Elon Musk membuat tawaran untuk membeli Twitter.

elon musk ‘offer’ nak beli twitter pada harga rm182 bilion

Jutawan itu berkata beliau sanggup membayar AS$54.20 (RM229.75) bagi setiap saham untuk membeli 100 peratus syarikat itu.

Tawaran tunai keseluruhan itu menjadikan nilai syarikat rangkaian sosial itu bernilai AS$43.40 bilion (RM183,972,600,000), menurut Xinhua.

“Saya melabur dalam Twitter kerana percaya potensinya untuk menjadi platform untuk bebas bersiaran di seluruh dunia,” tulis Musk dalam e-mel kepada Bret Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah Twitter, yang diterbitkan semula dalam pemfailan SEC.

“Twitter perlu ditransformasikan sebagai syarikat persendirian.

“Tawaran saya adalah tawaran terbaik dan terakhir, dan jika ia tidak diterima, saya pertimbangkan semula kedudukan saya sebagai pemegang saham,” kata Musk.

Susulan tawaran itu, Twitter mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan penerimaan tawaran Musk dan berkata lembaganya akan meneliti cadangan tersebut untuk tindakan.

Pada 4 April, Twitter mengesahkan bahawa Musk memiliki 9.2 peratus saham syarikat terbabit sekaligus menjadikannya pemegang saham terbesar.

Bagaimanapun, Musk enggan menyertai barisan lembaga pengarah.

Sebagai ahli lembaga pengarah, Musk tidak dibenarkan mempunyai lebih dari 14.9 peratus saham syarikat.

Musk kini merupakan manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan yang dicatatkan pada  AS$273.6 bilion (RM1,159,790,400,000), menurut Forbes.


Sumber: [1]