Elak Kluster Raya, Patuhi SOP Yang Telah Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa

elak kluster raya, patuhi sop yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

Raya bakal menjelang tidak lama lagi, walaupun tahun ini memberi kelainan tetapi raya tetap raya. Perayaan akan tetap disambut walaupun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Diingatkan kepada semua, yang paling penting semasa hari raya, adalah rakyat perlu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP). Amalkan penjarak sosial termasuk ketika berkomunikasi dan juga amalkan kebersihan dengan kerap membasuh tangan.

Elakkan perhimpunan besar semasa perayaan dan perjumpaan beramai ramai. Ini kerana risau kepada aliran jangkitan yang kita tidak tahu virus itu daripada mana jika orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai surat, jangan berdegil untuk rentasi daerah untuk pulang ke kampung halaman. Ini adalah tanggungjawab bersama untuk kita sama sama elek kluster raya. Selamat hari Raya maaf zahir dan batin.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: klusterraya