Ekor Cicak Boleh Tumbuh Sehingga Enam Cabang Selepas Tercabut

ekor cicak bileh tumbuh sehingga enam cabang selepas tercabut

Cicak antara sejenis binatang yang boleh menumbuhkan semula ekornya sekiranya terputus.

Tapi satu fakta yang tak ramai orang tahu, ekor cicak boleh tumbuh bukan sahaja menjadi dua tetapi sampai enam. Perkara ni bukan main-main tau sebab pengkaji dan saintis telah pun menemui akan hal ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa laporan dari seluruh dunia yang menyatakan bahawa cicak yang mempunyai banyak ekor ini sebenarnya sudah wujud beberapa ratus tahun dahulu. Namun, kes-kes seperti ini sangat terpencil dan agak susah untuk mereka mengesahkannya.

Kini, buat pertama kalinya saintis telah mengumpul laporan berkenaan pengenerasian semula tidak normal ini di dalam ekor cicak.

Wow, menarik juga ya penemuan ni!

Sumber: Live Science