Ed Sheeran Sah Positif COVID-19

Penyanyi popular Ed Sheeran disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.

ed sheeran sah positif covid-19

Menerusi entri di Instagram peribadi miliknya, tulis Ed, “Hai kawan-kawan, dengan rasa dukacita dimaklumkan saya telah diuji positif COVID, jadi sekarang saya sedang mengasingkan diri dan mengikuti garis panduan kerajaan.

“Minta maaf kerana kecewakan anda, semoga anda semuanya selamat.”

Walaupun kini sedang menjalani kuarantin, Ed bagaimanapun berkongsi yang dia akan tetap meneruskan komitmen dalam kerjayanya.

“Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan apa jua komitmen secara peribadi, jadi saya akan lakukan seberapa banyak wawancara/persembahan yang dirancang yang boleh dibuat dari rumah,” jelasnya.

Minggu lalu, Ed tampil membuat persembahan di hadapan Duke dan Duchess of Cambridge untuk acara Earthshot Prize di London.

Jumaat ini, penyanyi berusia 30 tahun itu bakal melancarkan album terbarunya yang berjudul Equals.

 

Sumber: [1]