Ed Sheeran Dedah Kolaborasi Terbaru Bersama BTS

Penyanyi popular, Ed Sheeran mendedahkan dia telah menulis lagu baru untuk direkodkan oleh kumpulan K-Pop masyhur, BTS.

ed sheeran dedah kolaborasi terbaru bersama bts

Ed Sheeran mengesahkan sendiri mengenai perkara itu kepada Most Request Live ketika membincangkan secara ringkas mengenai kolaborasi terdahulunya dengan kumpulan tersebut menerusi lagu “Make It Right”.

“Saya sebenarnya pernah bekerja dengan BTS dalam rekod terdahulu mereka, dan saya baru saja menulis lagu untuk rakaman terbaru mereka,” katanya, yang turut memuji bahawa kumpulan tersebut mempunyai personaliti yang menarik.

Susulan itu, khabar tersebut turut disahkan menerusi pernyataan pendek yang dikeluarkan label BTS, iaitu Big Hit Music yang berbunyi: “Memang benar Ed Sheeran turut serta dalam lagu baru BTS.”

 

Sumber: [1]