“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah”- Ebit Lew Buka 10 Kedai Serbaneka

“saya sangat bahagia dapat membantu orang susah”- ebit lew buka 10 kedai serbaneka

Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon doa dari semua peminatnya kerana beliau dalam permulaan untuk membuka 10 cawangan kedai serbaneka.

Beliau yang terkenal dengan frasa ‘Allah sayang’ itu berkongsi perkara tersebut melalui laman instagramnya sendiri.

Menurut Ustaz Ebit, 10 elesMart dan DC sedang berada dalam fasa pengubahsuaian dan akan dibuka tidak lama lagi.

Beliau juga berkata pembukaan kedai serbaneka ini adalah niatnya untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan” Tulisanya dalam satu posting di Instagram.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga tindakan baik ini akan dikira sebagai amalan kebaikan dan ustaz terus dilimpahkan rezeki untuk terus membantu orang lain lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate . Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart . Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua. Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua. ElewsMart Saudaraku,Murah😍

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew